Puasa Syaaban amalan sunnah
KINI, kita berada di bulan Syaaban dan bermakna semakin menghampiri Ramadan. Dalam budaya hidup masyarakat Islam, kehadiran Syaaban tidaklah semeriah menyambut Ramadan. Ramadan dianggap bulan penuh rahmat lagi berkat. Tetapi jangan kita lupa, Syaaban yang bersempadan Ramadan juga mempunyai kedudukan istimewa. Jangan biarkan Syaaban berlalu begitu saja tanpa diisi dengan amalan sunat seperti berpuasa yang menjadi salah satu amalan yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. Amalan itu adalah lambang kita mencontohi Rasulullah s.a.w dalam beramal ibadah. Berpuasa pada bulan Syaaban boleh diibaratkan seperti ‘menghidupkan enjin’ kereta sebelum memandu. Selain mengikuti jejak sunnah Rasulullah s.a.w, kita juga dapat membiasakan diri dengan amalan berpuasa. Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana menghidupkan serta meraikan kehadiran Syaaban. Aisyah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berbuka puasa. Aku sama sekali tidak pernah m
Ulasan
Catat Ulasan